ADUN Gambir YB M Asojan sedang menikmati jamuan yang disediakan.
Menikmati jamuan bersama Ketua Kampung.
Ketua Pemuda Ledang (kanan) dan Naib (kiri)
Menikmati hidangan..
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan oleh Pergerakan pemuda Umno Cawangan Parit Haji Idris dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Idris. majlis ini dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gambir, YB M Asojan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang, Mohd Zan Abu serta Naibnya, Md Rais Said, Ketua Kampung Parit Haji Idris merangkap Ketua Umno Cawangan, Haji Ismail Haji Sitam dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan, Hajah Aminah Sardi. Dalam majlis itu YB M Asojan mengingatkan para penduduk kampung itu terutama ibu bapa agar memberikan keutamaan terhadap bidang pendidikan kepada anak-anak. Ini kerana bidang pendidikan amat penting dan menjadi aset untuk berjaya dalam kehidupan. Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM2000 untuk Persatuan Seni Silat Cimande Harimau Berantai Kampung Parit Haji Idris menjalankan aktivitinya.
ADUN GAMBIR M ASOJAN.....tak de ke orang m lal alif ya wau dari umno, kawasan tu kan majoriti wong jowo, cam ne kerusi tu bagi kat dia orang. dia bukan mintak pun. janganlah kita ulang-ulang kesilapan...susah ank cucu kita esok, siapa nak peduli? kita dah tua, dia orang yang duduk kerusi dun gambir tak dengar cakap kita, siapa susah....sudahlah tu jangan bagi muka kat dia orang ni